TERKINI: Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2026 Diawalkan Bermula 10 Mac
Bayaran STR Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima diawalkan bermula 10 Mac 2026. Semak kadar bayaran, jadual dan cara semak status anda.
Bayaran STR Fasa 2 Diawalkan Bermula 10 Mac 2026
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima akan diawalkan dan mula dikreditkan secara berperingkat bermula 10 Mac 2026, kata YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri pada 9 Mac 2026.
Pembayaran ini dijangka membantu jutaan rakyat membuat persiapan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Maklumat Penting STR Fasa 2
| Butiran | Maklumat |
|---|---|
| Jumlah Penerima | 5.2 juta (meningkat dari 5 juta Fasa 1) |
| Peruntukan | RM1.3 bilion (meningkat dari RM1.1 bilion Fasa 1) |
| Tarikh Mula | 10 Mac 2026 (Penerima Sedia Ada) |
| Penerima Baharu | Mulai 30 Mac 2026 (200,000 penerima baharu) |
| Kadar Bayaran | RM100 - RM600 mengikut kategori |
Jadual Pembayaran STR Fasa 2
Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat:
| Kaedah Pembayaran | Tarikh Pembayaran |
|---|---|
| Ada akaun bank - Dikreditkan terus ke akaun bank | Mulai 10 Mac 2026 (Penerima Sedia Ada) |
| Tiada akaun bank (termasuk Sabah, Sarawak & W.P. Labuan) - Tunai di cawangan BSN | Mulai 30 Mac 2026 (Penerima Baharu) |
Kadar Bayaran STR Fasa 2 Mengikut Kategori
| Kategori Penerima | Jumlah Penerima | Kadar Bayaran | Implikasi Kewangan |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah (≤ RM2,500) | 2.7 juta | RM150 - RM600 | RM1.0 bilion |
| Isi Rumah (RM2,501 - RM5,000) | 1.1 juta | RM100 - RM250 | RM0.1 bilion |
| Warga Emas Tiada Pasangan | 1.4 juta | RM150 | RM0.2 bilion |
| JUMLAH | 5.2 juta | - | RM1.3 bilion |
Kadar Bayaran STR Fasa 2 Mengikut Bilangan Anak
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500
| Bilangan Anak | Jumlah Setahun | Fasa 2 |
|---|---|---|
| Tiada anak | RM700 | RM150 |
| 1-2 anak | RM1,200 | RM250 |
| 3-4 anak | RM1,700 | RM400 |
| 5+ anak | RM2,200 | RM600 |
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM5,000
| Bilangan Anak | Jumlah Setahun | Fasa 2 |
|---|---|---|
| Tiada anak | RM200 | RM100 |
| 1-2 anak | RM450 | RM100 |
| 3-4 anak | RM700 | RM150 |
| 5+ anak | RM950 | RM250 |
Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
| Kategori | Jumlah Setahun | Fasa 2 |
|---|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM150 |
Nota: Kategori Bujang (21-59 tahun) tidak menerima bayaran tunai STR. Mereka menerima bantuan melalui SARA sebanyak RM600 setahun (RM50/bulan).
Jumlah Keseluruhan STR + SARA Bulanan 2026
Secara keseluruhan, bantuan STR Fasa 2 akan memanfaatkan 3.8 juta isi rumah serta 1.4 juta warga emas tiada pasangan.
Peruntukan keseluruhan STR dan SARA bagi tahun 2026 berjumlah RM15 bilion, kekal yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.
| Kategori | Jumlah Maksimum STR + SARA Bulanan |
|---|---|
| Isi Rumah | Sehingga RM4,600 setahun |
| Minimum | RM600 setahun |
| Tambahan SARA (Miskin/Miskin Tegar) | RM1,200/RM600 setahun |
Cara Semak Status Bayaran STR Fasa 2
1. Portal Rasmi MySTR
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk”
- Masukkan No. MyKad dan Kata Laluan
- Semak bahagian “Maklumat Pembayaran”
2. Online Banking / Aplikasi Bank
Semak terus melalui aplikasi bank atau online banking anda untuk melihat sama ada bayaran telah dikreditkan.
3. Mesin ATM
Semak baki akaun melalui mesin ATM bank anda.
Apa Buat Jika Bayaran Lambat Masuk?
- Tunggu sehingga 3 hari bekerja dari tarikh pembayaran
- Pastikan akaun bank aktif dan maklumat betul
- Semak status di portal MySTR
- Jika masih tiada, hubungi Hotline 1-800-88-2747
Jadual Bayaran STR 2026
| Fasa | Tarikh Bayaran | Status |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 | Selesai |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 | Bermula Esok |
| Fasa 3 | Pertengahan 2026 | Akan Datang |
| Fasa 4 | Akhir 2026 | Akan Datang |
Hubungi
| Saluran | Maklumat |
|---|---|
| Hotline HASiL | 1-800-88-2747 |
| Hotline MOF | 03-8882 4565 / 4566 |
| Portal | bantuantunai.hasil.gov.my |
| Waktu Operasi | 9 pagi - 5 petang (Isnin - Jumaat) |
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, 9 Mac 2026
IKLAN