🇲🇾 Portal Maklumat Bantuan Kerajaan Malaysia
TERKINI
📢 Pembayaran STR Fasa 1 bermula 20 Januari 2026 • SARA bulanan dikreditkan mulai 9 Januari 2026 • SARA RM100 untuk semua rakyat 18+ pada 9 Februari 2026
STR

Permohonan STR 2026 Dibuka - Cara Mohon & Dokumen Diperlukan

Panduan lengkap cara memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Permohonan dibuka sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.

Dikemaskini: 13 Jan 2026 3 minit baca

Permohonan STR 2026 Dibuka

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dibuka sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025 melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.

Siapa Perlu Mohon?

Permohonan Baharu

Anda perlu buat permohonan baharu jika:

  • Belum pernah memohon STR sebelum ini
  • Tiada rekod dalam sistem STR 2025
  • Memenuhi syarat kelayakan STR 2026

Kemas Kini Permohonan

Anda WAJIB kemas kini permohonan jika:

  • Tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut (STR 2023, 2024, 2025)
  • Ada perubahan maklumat (status perkahwinan, anak, pendapatan)

Tidak Perlu Kemas Kini

Anda tidak perlu kemas kini jika:

  • Tiada sebarang perubahan maklumat
  • Kategori Warga Emas
  • Penduduk Pedalaman Sabah/Sarawak

Kaedah Permohonan

1. Permohonan Dalam Talian (Disyorkan)

  1. Layari bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” atau “Log Masuk MySTR”
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan tepat
  4. Muat naik dokumen sokongan
  5. Semak dan hantar permohonan

2. Permohonan Manual (Borang Kertas)

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati di:

  • Portal Rasmi STR
  • Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC

Hantar borang yang lengkap ke:

  • Pejabat HASiL
  • HASiL Satelit (PS)
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Penting: Penghantaran borang melalui e-mel TIDAK diterima.

Kategori Permohonan STR 2026

1. Isi Rumah

  • Berkahwin (ada atau tiada anak tanggungan); atau
  • Ibu/Bapa Tunggal yang mempunyai anak tanggungan
  • Pendapatan isi rumah ≤ RM5,000

2. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal tanpa anak tanggungan
  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Pendapatan ≤ RM5,000

3. Bujang

  • Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal tanpa anak tanggungan
  • Berumur 21-59 tahun (OKU: 19-59 tahun)
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS
  • Pendapatan ≤ RM2,500

Dokumen Sokongan Diperlukan

Pemohon

SituasiDokumen
BerkahwinSijil Perkahwinan (JAIN/JPN)
Kematian pasanganSijil Kematian (JPN)
BerceraiSijil Perceraian / Dekri Nisi (JAIN/JPN/Mahkamah)
OKU 19-20 tahunKad OKU berdaftar JKM

Pasangan Bukan Warganegara

  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

Anak Tanggungan

Jenis AnakDokumen
Anak KandungSijil Lahir + MyKad/MyKid
Anak AngkatSijil Pendaftaran Anak Angkat (JPN) + MyKad/MyKid

Tip: Gunakan Borang Serahan Dokumen Sokongan (BK-04) jika menghantar dokumen ke Pejabat HASiL.

Tempoh Permohonan & Kelayakan Fasa

Tempoh PermohonanKelayakan FasaTarikh Bayaran
Sehingga 28 Nov 2025Fasa 120 Januari 2026
Dis 2025 - 13 Feb 2026Fasa 2April 2026
16 Feb - 30 Jun 2026Fasa 3Julai 2026
Julai - Sept 2026Fasa 4Oktober 2026

Penting: Permohonan yang dibuat selepas tarikh kelayakan fasa akan diproses untuk fasa seterusnya. Anda tidak akan menerima bayaran fasa sebelumnya.

Syarat Kelayakan Anak Tanggungan

Anak yang boleh didaftarkan:

  • ✅ Anak kandung atau anak angkat berdaftar JPN
  • ✅ Warganegara Malaysia dengan MyKad/MyKid
  • ✅ Tidak bekerja / tiada pendapatan
  • ✅ Berumur 18 tahun ke bawah; atau
  • ✅ Berumur 19+ tahun yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS

Kadar Bayaran STR 2026

Pendapatan ≤ RM2,500

Bil. AnakSetahunFasa 1
0RM700RM200
1-2RM1,200RM300
3-4RM1,700RM400
≥5RM2,200RM500

Pendapatan RM2,501 - RM5,000

Bil. AnakSetahunFasa 1
0RM200RM100
1-2RM450RM100
3-4RM700RM150
≥5RM950RM200

Warga Emas & Bujang

KategoriSetahunFasa 1
Warga Emas Tiada PasanganRM600RM150
BujangRM600 (SARA)-

Soalan Lazim Permohonan

Saya bujang 20 tahun, boleh mohon?

Ya, jika anda akan berumur 21 tahun pada tahun 2026.

Saya OKU berumur 18 tahun, boleh mohon kategori Bujang?

Ya, jika anda berdaftar dengan JKM dan akan berumur 19 tahun pada tahun 2026.

Saya kahwin di luar negara, boleh mohon kategori Isi Rumah?

Tidak, kecuali anda telah mendaftarkan perkahwinan dengan JAIN atau JPN.

Saya warganegara Malaysia tapi menetap di Singapura, boleh mohon?

Tidak. STR hanya untuk warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia.

Saya tiada akaun bank, macam mana nak terima bayaran?

Anda masih boleh mohon. Bayaran akan dibuat secara tunai di kaunter BSN.

Sijil nikah saya hilang, boleh guna dokumen lain?

Ya, boleh guna Kad Nikah atau Sijil Lahir Anak sebagai pembuktian.

Permohonan Rayuan

Bagi permohonan yang Tidak Lulus:

JenisTempoh Rayuan
Rayuan (Tidak Lulus)12 Jan - 30 Sept 2026
Rayuan Tambahan (Lulus tapi ada perubahan)16 Feb - 30 Jun 2026

Cara rayuan:

  1. Log Masuk MySTR
  2. Klik menu “Borang Rayuan”
  3. Isi maklumat rayuan
  4. Muat naik dokumen sokongan (jika perlu)
  5. Hantar

Kemas Kini Maklumat Asas

Bagi permohonan Lulus, kemas kini maklumat asas boleh dibuat sepanjang tahun:

Maklumat yang boleh dikemas kini:

  • No. Telefon
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat e-Mel
  • Maklumat Akaun Bank
  • Maklumat Waris

Tempoh kemas kini untuk kelayakan Fasa 2: 12 Januari - 13 Februari 2026

Amaran

Jika memohon STR dengan menggunakan maklumat palsu, anda boleh:

  • Disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574)
  • Dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda
  • Disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Hotline Pertanyaan

SaluranNombor/Alamat
Hotline BKK HASiL1-800-88-2747
Hotline MOF03-8882 4565 / 4566
Portal STRbantuantunai.hasil.gov.my
E-melstr@treasury.gov.my

Waktu operasi: 9 pagi - 5 petang (Isnin - Jumaat)

IKLAN

Artikel Berkaitan